[Profesional Bukan Bermaksud Sentiasa Mengiyakan]
“Saya Jaga Pelanggan, Tapi Saya Juga Jaga Pematuhan.”
Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penyedia perkhidmatan HR, ada satu prinsip yang saya pegang:
Saya tidak akan tandatangan sesuatu dokumen hanya kerana diminta.
Tandatangan Perlu Berasaskan Pematuhan
Sebelum tandatangan diberikan, saya perlu pastikan kandungan, proses dan tindakan yang dicadangkan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
-
Jika betul — saya tandatangan.
-
Jika perlu diperbetulkan — kita perbetulkan.
-
Jika bercanggah dengan undang-undang — saya akan nyatakan ia tidak boleh diteruskan.
“Tandatangan bukan sekadar nama di atas kertas. Ia membawa tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti.”
Peranan Sebenar Penyedia Perkhidmatan HR
Sebagai penyedia perkhidmatan, tugas kita bukan sekadar mengikut kehendak pelanggan.
Tugas kita juga memastikan pelanggan tidak tersilap langkah.
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner




