“Bila Barah Dah Jadi Parah, Barulah Sibuk Nak Cari Penawar”
Dalam HR, saya kerap melihat situasi ini.
Pada awalnya, pekerja hanya datang lewat.
Majikan berkata:
“Tak apa… dia memang cekap buat kerja.”
Kemudian pekerja mula ponteng.
“Tak apa… susah nak cari orang macam dia.”
Apabila Masalah Mula Merebak
Selepas itu, pekerja mula berani melanggar arahan, tidak menghormati prosedur, dan mula mempengaruhi pekerja lain.
Kesilapan Yang Sering Berlaku
Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh majikan. Ramai memilih untuk menutup mata terhadap masalah kehadiran, kelewatan atau ketidakpatuhan pekerja — hanya kerana pekerja tersebut dianggap cekap dan mampu menghasilkan kerja yang baik.
Hakikatnya, tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Simpati dan empati anda sedang membentuk budaya kerja yang tidak sihat di dalam organisasi atau syarikat anda.
Masalah itu bukan berlaku secara tiba-tiba.
Ia berlaku kerana setiap pelanggaran disiplin yang tidak diambil tindakan telah menjadi “lesen” untuk mengulangi kesalahan yang sama.
“Disiplin yang tidak dikuatkuasakan akan melahirkan budaya kerja yang tidak terkawal.”
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
-
🚫 Jangan tunggu sehingga seorang pekerja menjadi punca seluruh organisasi hilang disiplin.
-
🚫 Jangan tunggu sehingga pekerja lain mula mempersoalkan: “Kalau dia boleh buat, kenapa saya tak boleh?”
-
🚫 Jangan tunggu barah itu menjadi parah, baru mahu mencari penawar.
Ambil Tindakan Yang Betul
Sebagai majikan, jangan takut mengambil tindakan yang betul — mengikut polisi syarikat dan peruntukan undang-undang.
“Dalam pengurusan pekerja… mencegah sentiasa lebih mudah daripada membetulkan.”
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner




