Kesusahan Semalam Adalah Latihan Untuk Hari Ini
Kadang-kadang, bila kita pandang semula perjalanan hidup… baru kita faham sesuatu.
Kesusahan yang pernah kita lalui dulu, rupanya sedang menyediakan kita untuk hari ini.
-
Tanpa derita, kita mungkin tidak benar-benar menghargai bahagia.
-
Tanpa kecewa, kita mungkin tidak kenal rasa kejayaan.
-
Tanpa air mata, kita mungkin lupa mensyukuri setiap nikmat yang ada.
-
Dan tanpa luka yang pernah menghiris, kita mungkin tidak pernah benar-benar mengenal diri sendiri.
Hakikatnya…
Banyak perkara yang dulu kita anggap beban sebenarnya adalah latihan kehidupan untuk menjadikan kita lebih kuat hari ini.
“Kadang-kadang, Allah tidak memberi kita jalan yang mudah… tetapi Dia sedang membentuk kita menjadi manusia yang lebih kuat.”
Terima Kasih Atas Pengiktirafan
Terima kasih UMEC dan Uniti Office.
Terima kasih barisan Panel Penasihat UMEC dan PERDASAMA.
Tidak lupa juga, terima kasih tidak terhingga buat Yang Berusaha Dr Syed Omar Syed Agil atas pengiktirafan ini.
Apa Yang Saya Buat?
Saya membantu syarikat yang tidak mempunyai HR , dengan penyediaan dari A sampai Z.
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner





