Dah Hantar Surat Letak Jawatan, Tiba-Tiba Nak Tarik Balik , Boleh Ke?

Boleh . Tetapi dengan satu cara sahaja.

Iaitu apabila majikan, dengan budi bicaranya sepenuhnya, bersetuju dengan penarikan semula Notis Perletakan Jawatan tersebut.

Dan majikan boleh memutuskan sama ada:

i) Mengekalkan anda dengan menggunakan pakai kontrak perlantikan yang terdahulu, atau

ii) Melantik atau menawarkan anda untuk berkhidmat dengan kontrak pelantikan yang baharu dan tiada kaitan dengan kontrak lama, yang mungkin berbeza dari segi gaji atau jawatan.


Isu Yang Kerap Kami Terima

Isu ini kerap kali pihak kami terima  di mana ada pekerja yang berniat untuk memasuki syarikat baharu (dan telah memberikan notis letak jawatan kepada syarikat sedia ada), namun terpaksa membatalkan niat kerana:

  • Tidak seperti yang dijanjikan

  • Pengurusannya tidak terurus

  • Atau macam-macam alasan lagi


Nasihat Untuk Pekerja

Apapun, sekiranya anda seorang pekerja dan ingin meletakkan jawatan dalam keadaan sekarang untuk masuk ke syarikat baharu  pastikan anda berada dalam keadaan pasti.

Pastikan syarikat baharu tersebut telah memberikan kepada anda surat tawaran untuk anda tandatangani.

Ini penting untuk memastikan kedudukan anda benar-benar terjamin semasa proses pertukaran tempat kerja.


“Kita tidak hendak anda berada dalam keadaan yang rugi  seperti mana pepatah, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.”


Fikir Dengan Teliti

Kalau berhenti kerana RM, takkan ke mana dik.

Kalau setakat beza gaji RM100.00 sahaja, tetapi lain-lain tidak patuh — diri sendiri yang rugi.

Hargailah dan sayangilah kerja anda sekarang. Paling tepat adalah bersyukur.


Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner