Pengiktirafan Yang Lahir Dari Perjalanan Yang Tidak Dilihat
Bermula dengan buku, diikuti dengan sijil pengiktirafan dari Britishpedia.
Pengiktirafan yang cukup bermakna apabila terpilih dalam Britishpedia sebagai Successful People in Malaysia and Singapore bagi tahun 2025.
Orang Nampak Sijil. Orang Tak Nampak Proses.
Bila orang nampak pengiktirafan, mereka nampak sijil, nama dan kejayaan.
Tapi di sebalik semua itu… ada proses yang panjang orang tak nampak.
-
Ada hari yang penat.
-
Ada masa kena belajar benda baru walaupun kepala dah tepu.
-
Ada ketika orang tak faham apa yang kita cuba perjuangkan.
-
Dan ada juga fasa buat kerja diam-diam… tanpa tepukan.
“Bukan semua kejayaan datang dari jadi paling hebat. Kadang-kadang ia datang dari sikap tak berhenti walaupun perlahan.”
Sebagai Orang HR
Saya banyak belajar tentang manusia.
-
Tentang jatuh bangun majikan dalam pelbagai industri.
-
Tentang majikan yang sedang bertahan.
-
Tentang emosi yang tak semua orang mampu luahkan.
Dan hari ni, pengiktirafan ini saya anggap bukan sekadar untuk diri sendiri.
Untuk Semua Yang Pernah Percaya
Tetapi untuk semua yang pernah percaya, menyokong dan berjalan bersama saya sepanjang perjalanan ini.
Terima kasih untuk setiap doa, peluang dan kepercayaan.
Perjalanan saya masih jauh.
Masih banyak yang perlu dipelajari.
Masih banyak manusia yang perlu dibantu.
Alfatihah Buat Kedua Ibu Bapa Tercinta
Allahyarham Haji Abdullah Ismail dan Allahyarham Hajah Jamaliah Ramly.

Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner




