Perubahan Itu Penting atau Tidak?

Walaupun kami HR Outsource, tapi tugasan sebagai HR tetap sama kami lakukan.


Bukan Semua Pekerja Terima Perubahan Dengan Senyuman 😊

Kadang-kadang bila management buat perubahan baru, bukan semua pekerja akan terima dengan senyuman.

  • Ada yang ok.

  • Ada yang blur.

  • Ada yang terus dalam hati: “Kenapa nak tukar? Cara lama dah elok…”


Realitinya…

Masalah bukan pada perubahan. Masalahnya pada kefahaman.

Majikan rasa:

“Dah announce, semua faham.”

Pekerja pula rasa:

“Apa sebenarnya yang berubah? Kenapa?”


Di Sinilah Peranan HR Sangat Penting

HR bukan sekadar sampaikan arahan… tetapi terjemahkan maksud sebenar.

Management cakap:

“We want efficiency.”

HR kena jelaskan:

“Kita nak elakkan kerja bertindih dan kurangkan beban tak perlu.”

Simple, tapi besar bezanya.


“Kalau tidak? Pekerja akan ikut arahan… tapi tanpa hati. Dan bila ini berterusan, budaya kerja pun mula retak.”


Bayangkan Organisasi Macam Naik Kereta 🚗

Peranan Watak
Management Driver
HR GPS
Pekerja Penumpang

Kalau driver tukar jalan tanpa explain… penumpang mula gelisah.

Tapi bila ada “GPS” yang bagi sebab:

“Jalan asal jem, kita guna laluan lain untuk cepat sampai.”

Terus semua orang lebih tenang.


Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner