Latih Team Leader

 

 

AMANAT MAJIKAN DI HARI LEBARAN

Majikan dan Pemilik Syarikat harus bersedia untuk menampal notis yang berbunyi :

“Barangsiapa yang menyambung cuti Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini kepada :-

1) Cuti kecemasan (Emergency);

2) Cuti sakit (MC) yang datang dari klinik bukan panel;

Maka kesemua di atas atau apa sahaja yang berkaitan adalah TIDAK DILAYAN dan Syarikat akan menganggap anda sebagai PONTENG.

Bersesuaian dengan peruntukkan dibawah Akta Kerja 1955 dibawah Seksyen 60 D(2) :

Mana-mana pekerja yang didapati TIDAK HADIR BERTUGAS pada SEBELUM atau SELEPAS hari cuti am atau cuti-cuti am atau pada hari-hari cuti yang dibenarkan tanpa alasan yang munasabah, maka gaji pekerja pada hari cuti atau cuti-cuti tersebut tidak akan dibayar selain mereka juga tertakluk kepada kesalahan ponteng kerja.

Uruskan masa perjalanan pergi dan balik anda ke kampung agar anda tidak membuang masa tersangkut dijalanan sehingga terpaksa memohon cuti kecemasan (EL).

Selain itu pastikan anda juga tidak makan melampau-lampau sehingga mendapat cuti sakit (MC).

Untuk makluman lanjut, layari  HRXPERT untuk mengetahui servis kami.

Leave a Reply