KOMUNIKASI BUKAN SEKADAR BERCAKAP
Membina pasukan bukanlah sekadar melimpahkan tugasan lalu berharap hasilnya muncul dengan sendirinya. Sebagai pemimpin, tanggungjawab kita turut merangkumi pemberian pendedahan, penambahan ilmu, serta membuka ruang kepada ahli pasukan untuk terus berkembang.
Ilmu komunikasi sering dilihat sebagai perkara asas kerana kita bercakap saban hari. Namun, apabila bekerja dalam satu pasukan, barulah kita sedar bahawa “bercakap” dan “berkomunikasi” ialah dua perkara yang jauh berbeza.
Bagaimana kita menyampaikan arahan.
Bagaimana kita mendengar.
Bagaimana kita melontarkan pandangan.
Bagaimana kita menerima teguran.
Bagaimana kita mengendalikan perbezaan pendapat.
Dan bagaimana kita memahami perspektif orang lain.
Kesemua elemen ini mempengaruhi cara kita berfungsi sebagai satu pasukan. Saya yakin, jika mahu pasukan melangkah ke tahap seterusnya, jangan hanya menambah beban kerja mereka.
Tambah juga ilmu mereka.
Tambah pendedahan mereka.
Tambah keyakinan mereka.
Dan berikan ruang untuk mereka maju.
Sesebuah syarikat akan berkembang apabila insan di dalamnya turut sama berkembang. In Shaa Allah..
.
.
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner




