CUTI UMUM PILIHAN JATUH PADA HARI OFF DAY
AKTA KERJA 1955.
Seksyen 60D (1)(b)(i), jelas menyatakan bahawa :
.
.
“…Jika Cuti Umum (Public Holiday) jatuh pada Hari Rehat (Rest Day) maka hari tersebut merupakan hari Cuti Rehat dan hari selepas hari Cuti Rehat (keesokkannya) akan menjadi Hari Cuti Umum…
.
.
“Kalau majikan nak suruh pekerja itu bekerja pada hari selepas cuti rehat dan menggantikan cuti umum itu pada hari yang lain boleh tak ?”…
.
.
Boleh , mengikut seksyen Seksyen 60D (1)(1A), undang-undang telah membenarkan majikan menggantikan hari cuti umum tersebut kepada hari-hari lain yang dirasakan sesuai.
.
.
Pilihan majikan :
1) Hari cuti tersebut berstatus hari cuti rehat dan berikan hari keesokkannya sebagai hari cuti umum;
.
.
2) Hari cuti tersebut adalah hari cuti rehat dan tiada penggantian hari cuti umum itu kepada hari yang lain dan pekerja itu harus bekerja, maka kadar (salary rate) pekerja itu akan mengikut kadar bekerja hari Cuti Umum iaitu pada kadar 2.0 dan jika OT dibuat, kadarnya menjadi 3.0.




