PEKERJA CURI DUIT SYARIKAT, LEPAS TU HILANG! MAJIKAN PULA YANG PENING KEPALA.

Bayangkan situasi ini…
Seorang pekerja yang selama ini diberikan kepercayaan untuk menguruskan wang syarikat, tiba-tiba didapati mengambil wang tanpa kebenaran.
.
.
Apabila perkara tersebut terbongkar, pekerja berkenaan terus menghilangkan diri.
❌ Telefon tidak dijawab.
❌ WhatsApp tidak dibalas.
❌ Datang ke tempat kerja? Jauh sekali!
.
.
Majikan mula panik dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Tetapi apabila pihak majikan menyemak fail peribadi pekerja tersebut…
ALLAHUAKBAR! REKOD PEKERJA TAK LENGKAP!
.
.
Alamat kediaman tidak dikemas kini.
Maklumat waris tiada.
.
.
Salinan dokumen pengenalan diri pun tidak disimpan dengan sempurna. Akhirnya, majikan sendiri berdepan kesukaran untuk memberikan maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan.
.
.
DUIT DAH HILANG, PEKERJA PUN HILANG, REKOD PULA ENTAH KE MANA!
Inilah akibatnya apabila pengurusan sumber manusia dianggap perkara kecil.
.
.
Ada majikan yang beranggapan:
“Alah, pekerja saya cuma lima orang.”
“Tak payahlah susah-susah simpan macam-macam dokumen.”
“Saya tak ada tempat penyimpanan”
“Saya dah kenal dia lama. Boleh percaya.”
.
.
Percaya itu tidak salah. Tetapi kepercayaan tanpa sistem kawalan dan dokumentasi yang teratur boleh mengundang risiko kepada perniagaan.
.
.
Majikan perlu memastikan setiap pekerja mempunyai rekod peribadi yang lengkap, tepat dan sentiasa dikemas kini.
Antaranya:
1. Maklumat pengenalan diri pekerja.
2. Alamat kediaman dan maklumat perhubungan terkini.
3. Maklumat waris atau individu untuk dihubungi ketika kecemasan.
4. Surat tawaran atau kontrak perkhidmatan.
5. Rekod pekerjaan dan dokumen berkaitan yang diperlukan.
.
.
Namun, jangan lupa! Maklumat peribadi pekerja juga perlu dikendalikan secara sulit, disimpan dengan selamat dan diproses mengikut keperluan undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai.
PENGAJARANNYA….
.
.
Jangan tunggu pekerja melakukan kesalahan, menghilangkan diri atau berlaku pertikaian barulah majikan sibuk mencari fail peribadi mereka.
.
.
Pengurusan HR bukan sekadar mengira gaji, meluluskan cuti atau menyediakan surat amaran. Ia juga melibatkan pengurusan rekod, pematuhan dan perlindungan kepentingan organisasi.
INGAT!
“Pekerja boleh datang dan pergi, tetapi rekod pekerjaan mesti sentiasa terurus dan terpelihara.”
.
.
Doktor HR Anda
Pakar Penyelesaian Pengurusan Sumber Manusia
Your Trusted Human Capital Partners

Leave a Reply