Cuti Kecemasan Bukan Tiket Percuma Tidak Hadir Kerja

Majikan mesti pernah menerima ayat macam ini:

“Boss, saya ambil cuti kecemasan sebab ada hal penting.”

Majikan yang baik mesti akan membalasnya dengan “baik” atau “ok” — dengan hati yang tak berapa nak rela.

Ada majikan yang saya jumpa berkata:

“Nak buat macam mana Dr, dia dah cuti dah pun… saya terpaksa luluskan.”

Jawapan saya kepada majikan tersebut:

“Kenapa terpaksa luluskan, kalau Puan boleh untuk tidak meluluskan?”

Jom jadi majikan yang bijak. Dalam dunia pekerjaan, bukan semua perkara boleh disahkan hanya dengan kata-kata.


Apa Itu Cuti Kecemasan?

Cuti kecemasan diwujudkan untuk situasi yang benar-benar berlaku secara tiba-tiba, tidak dirancang dan tidak dapat dielakkan.

Contohnya:

  • ✅ Kematian ahli keluarga terdekat

  • ✅ Kemalangan jalan raya

  • ✅ Bencana alam atau kebakaran rumah

  • ✅ Anak atau pasangan dimasukkan ke hospital secara kecemasan

  • ✅ Kerosakan kenderaan yang menghalang perjalanan ke tempat kerja


Tanggungjawab Pekerja

Apabila pekerja tidak dapat hadir bekerja secara tiba-tiba, adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk:

  1. Memaklumkan kepada majikan secepat mungkin

  2. Menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan


Dokumen Yang Boleh Dijadikan Bukti

  • 📌 Surat kemasukan hospital

  • 📌 Sijil kematian atau dokumen berkaitan

  • 📌 Laporan polis

  • 📌 Gambar kejadian yang munasabah

  • 📌 Resit towing atau laporan kerosakan kenderaan

  • 📌 Dokumen rasmi lain yang berkaitan dengan kecemasan tersebut


“Ini bukan soal majikan tidak percaya. Ini soal rekod, ketelusan dan memastikan kemudahan yang diberikan kepada pekerja tidak disalahgunakan.”


Hak & Tanggungjawab

Hak pekerja perlu dihormati. Tetapi tanggungjawab pekerja untuk membuktikan ketidakhadiran bersebab juga perlu dilaksanakan.


“Kecemasan bukan sekadar alasan untuk tidak hadir bekerja. Ia adalah keadaan yang perlu dapat dijustifikasikan apabila diminta oleh pihak majikan.”


Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner

Leave a Reply