“WAKTU KERJA MEMANG LAH SIBUK! KALAU TAK SIBUK WAKTU KERJA, NAK SIBUK WAKTU BILA?”
Ada pekerja yang berungut…
“Banyak betullah kerja hari ni.”
“Tak habis-habis kerja masuk.”
“Penatlah, dari pagi sampai petang asyik buat kerja.”
Habis tu… datang kerja nak buat apa sebenarnya? 😅
Kita kena faham satu perkara.
.
.
Waktu bekerja adalah waktu untuk melaksanakan tanggungjawab, bukannya waktu menunggu sehingga ada kerja yang kita rasa sesuai untuk dibuat.
.
.
Majikan mengambil pekerja kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan. Gaji dibayar kerana ada amanah dan tanggungjawab yang perlu disempurnakan.
.
.
Kalau kerja banyak, belajar menyusun keutamaan.
Kalau tak cukup masa, berbincang dengan penyelia.
Kalau tak tahu, bertanya.
Kalau ada masalah, cari penyelesaian.
.
.
Jangan setiap kali kerja bertambah, rungutan pula yang lebih laju daripada tindakan.
Kadang-kadang kita perlu tanya diri sendiri…
“Adakah kerja itu benar-benar terlalu banyak, atau kita yang belum cukup cekap menguruskan masa dan tanggungjawab?”
.
.
Dalam waktu kerja, sibuk itu perkara biasa. Yang luar biasa apabila waktu kerja mahu berehat, tetapi hujung bulan mahu gaji penuh tanpa kurang sesen pun.
Namun, jangan salah faham.
.
.
Bukan semua pekerja yang mengadu tentang beban kerja itu malas. Ada yang benar-benar terbeban kerana kekurangan tenaga kerja, pembahagian tugas yang tidak seimbang atau sistem pengurusan yang lemah.
.
.
Majikan juga perlu memainkan peranan memastikan beban kerja munasabah, tugasan diagihkan secara adil dan hak pekerja dihormati.
PESANAN SAYA…
“Jangan takut dengan banyaknya kerja. Takutlah apabila kita sudah tidak lagi dipercayai untuk diberikan kerja.”
Doktor HR Anda
Pakar Penyelesaian Pengurusan Sumber Manusia
HRXPERT Advisory Sdn Bhd
Your Trusted Human Capital Partner




