Saya ni pantang kalau orang tanya pasal topik yang berkaitan dengan HR… memang terus panjang ceritanya. 😂
Tak kisahlah jumpa dekat office ke, event ke, minum kopi… kat kedai makan pun jadi! 😆
.
.
“Dr, kalau pekerja ambil cuti tapi kita tak rekod, ada masalah ke?”
Haaa… makanan boleh letak tepi dulu.
Topik HR dah keluar, memang kena jawab. 😂
Nampak macam perkara kecil kan?
“Tak apa… dia cuti sehari je.”
“Bos dah approve dalam WhatsApp.”
“Nanti kita update.”
Yang ‘nanti’ tu lah kadang-kadang terus tak update.
Setahun kemudian…
“Bos, saya masih ada baki cuti 8 hari.”
Majikan pula kata,
“Eh, bukan dah habis ke?”
Pekerja kata belum.
Majikan kata sudah.
Mana rekod?
Sebab itu jangan pandang ringan soal merekodkan cuti pekerja.
Cuti Tahunan, Cuti Sakit, Cuti Tanpa Gaji, Emergency Leave atau apa sahaja jenis ketidakhadiran kena pastikan permohonan, kelulusan dan rekodnya jelas.
Bila cuti tidak direkodkan dengan baik, baki cuti boleh jadi tidak tepat, rekod kehadiran bercelaru, pengiraan gaji atau bayar gaji terakhir boleh terjejas dan apabila berlaku pertikaian, majikan mungkin sukar menunjukkan rekod sebenar.
.
.
Hari ini mungkin semua orang masih ingat.
Tapi setahun dua lagi, jangan bergantung kepada:
“Saya rasa dia dah ambil cuti…”
Dalam HR, kita tak bekerja berdasarkan “saya rasa”.
Kita bekerja berdasarkan REKOD.
Sebab bila berlaku pertikaian, soalan yang akan ditanya bukan:
“Siapa masih ingat?”
Tetapi…
“Mana rekod?”
Di HRXPERT, kami memang agak cerewet bab dokumentasi.
Bukan sebab suka tambah kerja, tetapi sebab rekod yang baik hari ini boleh mengelakkan masalah yang lebih besar kemudian hari.
Rekod hari ini. Lindungi syarikat kemudian.
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partners




