Luahan Majikan:  Pekerja “Hilang” pada Hari Raya Kedua

Saya memberi cuti hari raya kepada pekerja saya pada hari raya pertama, dan pekerja saya telah dijadualkan untuk bekerja pada Hari Raya Kedua.

Akan tetapi, mereka tidak hadir dan memberi alasan:

  1. Cuti kecemasan (Emergency)

  2. Cuti sakit (MC) yang datang dari klinik bukan panel

Saya yakin dan percaya — ramai majikan melalui situasi ini.


Baik, Kita Pergi Satu Persatu

  1. Sekiranya majikan tidak meluluskan cuti tersebut, atau

  2. Majikan ada mengeluarkan memo yang menyatakan hanya mengiktiraf sijil cuti sakit dari klinik panel sahaja,

…maka kesemua di atas — atau apa sahaja yang berkaitan — adalah TIDAK DILAYAN dan syarikat akan menganggap anda sebagai PONTENG.


Kesan Kepada Pekerja

Pekerja yang bekerja pada hari raya pertama tidak layak mendapat bayaran PH (Public Holiday), serta boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir pada hari raya kedua seperti yang telah ditetapkan.


“Bersesuaian dengan peruntukan di bawah Akta Kerja 1955, Seksyen 60D(2).”


Peruntukan Undang-Undang

Seksyen 60D(2), Akta Kerja 1955:

Mana-mana pekerja yang didapati TIDAK HADIR BERTUGAS pada SEBELUM atau SELEPAS hari cuti am atau cuti-cuti am atau pada hari-hari cuti yang dibenarkan tanpa alasan yang munasabah, maka gaji pekerja pada hari cuti atau cuti-cuti tersebut tidak akan dibayar selain mereka juga tertakluk kepada kesalahan ponteng kerja.


Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner