Bila ChatGPT Mengatasi Akta?
“Sebab tu la… kena jadi majikan yang bijak.”
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman saya bersama majikan. Kadang-kadang saya tersenyum sendiri.
Apabila Jawapan Datang Dari ChatGPT
Majikan melantik HR Consultant yang setiap hari:
-
Menguruskan dokumentasi
-
Menjaga rekod cuti pekerja
-
Menguruskan isu pekerja
-
Memastikan panduan Akta dipatuhi
-
Mengendalikan siasatan dalaman dan kes-kes pekerja
Tetapi apabila timbul sesuatu isu dengan pekerja, jawapannya pula datang dari:
🗣️ “Saya tanya ChatGPT.”
🗣️ “ChatGPT kata boleh.”
🗣️ “ChatGPT kata majikan tak boleh buat macam tu.”
Paling best,
🗣️ “Sebab ada seorang ni, dia kata 14 hari termasuk semua perayaan sebab dia check ChatGPT.”
Kenapalah nak dengar cakap pekerja tu…
Masalahnya Bukan Pada ChatGPT
Masalahnya bukan pada ChatGPT, ya majikan. Saya sendiri menggunakan ChatGPT.
Tetapi ChatGPT hanyalah alat. Jawapan yang diberikan bergantung kepada:
-
Soalan yang ditanya
-
Maklumat yang diberikan
-
Konteks yang difahami
Sedangkan dalam dunia HR, satu perkataan, satu fakta atau satu keadaan yang berbeza boleh menghasilkan keputusan yang berbeza di sisi undang-undang.
“Lebih membimbangkan apabila jawapan yang diterima bercanggah dengan Akta, polisi syarikat atau fakta sebenar kes — tetapi tetap dijadikan rujukan utama.”
Apabila Nasihat Profesional Diketepikan
Akhirnya:
-
⛔ Nasihat HR diketepikan
-
⛔ Akta diketepikan
-
⛔ Prosedur diketepikan
Yang dipercayai hanyalah satu jawapan yang muncul di skrin telefon.
Apabila perkara ini berlaku, persoalannya:
-
❓ Mengapa melantik HR Consultant?
-
❓ Mengapa mendapatkan nasihat profesional?
-
❓ Mengapa membayar khidmat pakar jika keputusan akhirnya dibuat berdasarkan maklumat yang belum tentu tepat dan tidak mengambil kira keseluruhan fakta?
Teknologi Alat, Pakar Rujukan
Teknologi adalah alat yang sangat baik. Tetapi apabila melibatkan:
-
Pematuhan undang-undang pekerjaan
-
Tindakan disiplin
-
Pemberhentian pekerja
-
Gaji, cuti dan hak pekerja
…rujukan utama sepatutnya tetap kepada Akta dan mereka yang memahami cara Akta itu diaplikasikan dalam situasi sebenar.
“Apabila berlaku pertikaian di Jabatan Tenaga Kerja atau Mahkamah Perusahaan nanti, bukan ChatGPT yang akan hadir memberi penjelasan. Majikan yang perlu menjawab dan mempertahankan keputusan yang dibuat.”
Kesimpulan
Gunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat. Gunakan pakar untuk memastikan tindakan yang diambil adalah betul.
Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner




