Kerja Lebih Masa Bukan Pendapatan Tetap

Antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila pekerja mula menganggap kerja lebih masa (OT) sebagai sebahagian daripada gaji bulanan mereka.
.
.
Bila OT banyak, semuanya nampak cukup.
Bila OT kurang, mula rasa gaji tak mencukupi.
.
.
Hakikatnya, kerja lebih masa diwujudkan untuk memenuhi keperluan operasi syarikat, bukannya sebagai sumber pendapatan tetap pekerja.
.
.
OT boleh ada hari ini.
OT juga boleh tiada esok.
.
.
Sebab itu perancangan kewangan yang sihat sepatutnya dibuat berdasarkan gaji asas, bukannya bergantung kepada bayaran kerja lebih masa.
.
.
Sebagai majikan pula, berhati-hati apabila operasi syarikat terlalu bergantung kepada OT yang berpanjangan.
Kadang-kadang ia memberi gambaran bahawa jumlah tenaga kerja sedia ada tidak lagi mencukupi atau pengurusan kerja perlu diperbaiki.
OT adalah ganjaran kepada masa tambahan yang diberikan. Tetapi ia bukan hak yang boleh dituntut setiap masa dan bukan pendapatan yang dijamin setiap bulan.
.
.
Jika kewangan peribadi bergantung sepenuhnya kepada OT, mungkin sudah tiba masanya untuk menyemak semula perancangan kewangan masing-masing.
Kerana apabila OT berkurangan, komitmen tetap akan terus menunggu.
We Care, We Help & We Make It Easy
Doktor HR Anda
Expert Panel NOSS

Leave a Reply