‘Kalau Tak Lulus, Saya Ambil Unpaid Leave’ – Kenapa Sikap Ini Boleh Kena Tindakan Tatatertib?
“Kalau cuti tak lulus, saya ambil unpaid je.”
Ramai pekerja menganggap ayat ini sebagai jalan penyelesaian. Hakikatnya, ia bukan begitu.
Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave) juga bukan hak automatik pekerja. Ia tetap memerlukan kelulusan majikan.
.
.
Pekerja tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk tidak hadir bekerja hanya kerana sanggup tidak dibayar gaji.
Mengapa?
Kerana isu utamanya bukan sekadar gaji.
.
.
Isunya ialah kehadiran, operasi syarikat dan kesinambungan kerja. Mungkin pada tarikh tersebut Syarikat memerlukan tenaga kerja, mempunyai komitmen kepada pelanggan atau kekurangan kakitangan.
.
.
Sekiranya cuti tahunan ditolak dan cuti tanpa gaji juga tidak diluluskan, tetapi pekerja tetap tidak hadir, keadaan itu boleh dianggap sebagai ketidakhadiran tanpa kebenaran (absence without leave) dan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut prosedur syarikat.
.
.
Ingat…
Memohon cuti ialah hak pekerja.
.
.
Meluluskan atau menolak permohonan cuti ialah hak majikan yang perlu dibuat secara munasabah berdasarkan keperluan operasi.
.
.
HR bukan bertujuan menyusahkan pekerja. HR bertanggungjawab memastikan operasi syarikat terus berjalan dengan baik, sambil mengimbangi kepentingan pekerja dan majikan.
.
Doktor HR Anda
HRXpert
Your Trusted Human Capital Partner




