Boleh ke orang luar (bukan kakitangan) berjumpa dengan HR untuk membuat pemotongan gaji pekerja disebabkan pekerja ada berhutang dengan pihak tersebut?

 

Soalan :

✍Boleh ke orang luar (bukan kakitangan) berjumpa dengan HR untuk membuat pemotongan gaji pekerja disebabkan pekerja ada berhutang dengan pihak tersebut.

Jawapan :

✍Tidak boleh,

Di bawah seksyen 24 (2) (d) Akta Kerja 1955, HANYA dibenarkan potongan gaji yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang lain, contoh KWSP, SOCSO atau PCB.

Perlu diingatkan juga bahawa, perintah-perintah mahkamah samada syariah atau sivil adalah terkeluar daripada seksyen 24 (2) (d) Akta Kerja 1955 kerana ia adalah perintah mahkamah. 

Leave a Reply