1) Jika masalah tersebut adalah daripada individu, cuba bersemuka dan cari jalan penyelesaian. Banyak masalah berpunca dari maklumat orang ketiga sehingga menimbulkan salah faham yang berpanjangan.

2) Rancang kerja dan masa dengan baik. Senaraikan tugasan mengikut kepentingan dan tarikh yang perlu disiapkan.

3) Kenal pasti serta ubah jika ada polisi yang tidak fleksibel sehingga menyebabkan stres berlaku.

4) Cuba kenal pasti tahap kemampuan sendiri dan belajar untuk menjadi lebih yakin diri. Seringkali mereka yang boleh buat kerja dibebani dengan kerja yang banyak, sedangkan mereka yang malas tidak diberikan tugasan yang sewajarnya. Ini akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kemudian hari.

5) Lakukan kerja secara berpasukan serta bahagikan tugas mengikut kemahiran serta kebolehan.

Leave a Reply