Panduan Pengiraan Kerja Lebih Masa (OT) Mengikut Situasi

Pengiraan kerja lebih masa (OT) adalah berdasarkan jumlah jam kerja biasa sehari dan kadar pembahagi yang ditetapkan. Berikut adalah perincian bagi dua situasi utama:

Situasi 1: Jadual 6 Hari Bekerja (7.5 Jam Sehari)

  • Waktu Kerja: 7.5 jam sehari
  • Jumlah Hari Bekerja: 6 hari seminggu (Jumlah keseluruhan: 45 jam seminggu)
  • Syarat Utama:
    • Sebarang kerja melebihi 7.5 jam sehari dikira sebagai kerja lebih masa dan wajib dibayar dalam bentuk kewangan.
    • Pemberian cuti gantian tidak dibenarkan.
Formula Pengiraan OT:
(Gaji Pokok / 26 / 7.5) x 1.5 x Jam Kerja Lebih Masa

Situasi 2: Jadual 6 Hari Bekerja  (Isnin hingga Sabtu)

  • Waktu Kerja:
    • Isnin hingga Jumaat: 8 jam sehari (5 hari)
    • Sabtu: 5 jam sehari (1 hari)
  • Jumlah Hari Bekerja: 6 hari seminggu (Jumlah keseluruhan: 45 jam seminggu)
  • Syarat Utama:
    • Sebarang kerja melebihi 8 jam sehari dikira sebagai kerja lebih masa dan wajib dibayar dalam bentuk kewangan.
    • Pemberian cuti gantian tidak dibenarkan.
Formula Pengiraan OT:
(Gaji Pokok / 26 / 8) x 1.5 x Jam Kerja Lebih Masa

Inginkan perkhidmatan pengurusan Sumber Manusia (HR) secara outsource?
Hubungi HRXPERT