“Maaf Boss, saya terlepas pandang.”

“Terlepas pandang” sekali — dipanggil manusia.

“Terlepas pandang” setiap kali — dipanggil habit.


Masalahnya…

Bila semua kesilapan guna alasan yang sama, lama-lama ia bukan lagi “terlepas pandang”.

Ia jadi budaya cuai.


Silap Itu Manusiawi

Silap itu manusiawi. Tapi sikap selepas silap itu menunjukkan profesionalisme seseorang.

Ada pekerja bila ditegur:

  • ✅ Ambil tanggungjawab

  • ✅ Cari solusi

  • ✅ Improve sistem kerja


Dan Ada Juga Yang Setiap Kali…

“Sorry saya terlepas pandang.”

  • Hari ni terlepas pandang dokumen.

  • Esok terlepas pandang customer.

  • Lusa terlepas pandang SOP.


Kadang-kadang Isu Sebenar Bukan Pekerja Malas

Tapi:

  • 🟠 Terlalu selesa

  • 🟠 Terlalu bergantung pada orang lain

  • 🟠 Atau tak ada checking habit dalam kerja


Profesionalisme Bukan Sekadar Rajin

Profesionalisme ialah kemampuan untuk:

  • ✔ Double check

  • ✔ Alert

  • ✔ Bertanggungjawab

  • ✔ Dan belajar dari kesilapan yang sama


“Dalam dunia kerja sebenar… ‘terlepas pandang’ pekerja, boleh mengakibatkan majikan pula yang terlepas pelanggan.”


Soalan Penutup

Agak-agak boleh ke lepas ni majikan pula cakap…

“Maaf saya TERLEPAS PANDANG nak bayar gaji dan caruman you all.” 😏


Doktor HR Anda
HRXPERT
Your Trusted Human Capital Partner